Thursday, May 24, 2012

Cerpen:Cinta Kira-Kira


Pada suatu hari,seorang budak yang tak suka tentang subjek matematik sedang berhayal di dalam kelas sedangkan gurunye sedang mengajar di depan.."ooohhh..bosan giler kelas ni,naik pentoi aku tengok nombor-nombor ni".terdetik hati Ez.dah la tak bijak matematik,dy pulak bersikap sambil lewa sambil memandang ke luar kelas.kelas senyap ketika itu,tetibe menjadi riuh-rendah kerana cikgu yang sedang mengajar dekat depan tu dah tumbang..pelajar-pelajar jadi panik.ade yang amik initiatif panggil pihak berwajib..Ez yang dari tadinye membingungkan diri turut buat-buat sibuk ingin membantu.."tak sangke buat keje matematik pon boleh tumbang,hahah..nasib baik aku tak buat"detik hatinya.kalaulah detikkan itu didengari kawan-kawan memang "masak'" si Ez ni..masa pon berlalu dengan pantas sebab penulis malas menulis panjang2...Ez pon mengukirkan senyuman sebab waktu balik telah menjelma..dy memang tunggu saat ni.waktu yg dipanggil waktu 'TB'!
apekah itu.."TERBAIK"..memang tak gune punye budak.


-----------------------masa dipercepatkan sampai keesokkan harinya-------------------

"Hoi!hoi!..Ez, ko da siap keje mathematik smalam?"tanye si Wan dengan penuh cuak dan suspen.tak pulak dijawab oleh Ez.tetibe muncul suare sumbang tapi penuh keyakinan."Alah,ko nak cuak ape beb,cikgu Id kan takde,dy dah amik cuti bersalin,haha..jadi kte free la time math nanti".katanya sambil mengenyit mate.Ez yang tadi memerhati tingkah laku kawanya tadi terus melukis watak anime Narutah yang agak hodoh itu.suasana kelas yang riuh rendah ibarat tongkang pecah itu tanpa disedari dihampiri oleh seorang yang tidak dikenali mereka.siapakah??jeng jeng!muncul seorang guru muda.dara dan memegang buku mathematic."Oh men!"kate Wan.semua murid mula berdiri tanda hormat.Wan memberi kata selamat dengan lantangnya Selamat sejahtera cikgu!!diikuti murid-murid lain."merdu jugak suare ketua kelas ni"kata Wan si ketua kelas dengan keriakan teserlah pada mukanya."selamat sejahtera.kamu semua boleh duduk"kata guru yang baru masuk tersebut.Ez jika diperhatikan sedang melopong melihat guru tersebut.juga member2 yang lain.tapi sedaya upaya disembunyikan oleh diri mereka sendiri."nama saya cikgu **s S****.saya akan ambil alih tugas mengajar kamu semua mathematik.jadi mari kita sambung dengan ape cikgu Id ajarkan semalam.Ohh..kamu boleh panggil saya cikgu A."A??..kenapa A?kenapa bukan B atau C?..tapi aku tak pasti apesal aku minat plak nak blaja math harini.hahaah"bisik Ez dekat Mi yang ade kat sebelah dy."ko tu da nak mati,brepe jumaat je lagi ko ade..tak penah2 nak suke math.tetibe je..sah-sah la haha"dengan gaya perli yang terunggul dari Mi.tapi tak dihirau Ez,dia terus mengeluarkan buku mathematiknye dan melihat ke papan putih..sebenarnye di terus memerhatikan cikgu tu.

---------------------------------------------------------------------

"Mi betoi tak ape yang aku buat ni?hehe"tanya Ez.Mi  memang terkenal dengan kepandaianya dalam ilmu kira-kira ni,tapi dia pon tak kedekut dengan ilmu yang dimiliki."bak sini aku tengok!hah,eeeeemmm....walamak semua betol lah.mane kau tiru jawapan ni?"balas Min dengan perlian pedas."eh?tiru?mane main tiru-tiru baii..ni aku buat sendiri la.amacam?terkejut?".kata Ez.Mi yang dari tadinya memandang Ez berkata-kata terus menyemak buku matematik Ez."ko ni dah sakit tenat ni.haha..ape mimpi ko buat keje ni sendiri?tak penah-penah nak buat math.selalu ko tiru aku je.".nada yang agak tercabar keluar dari mulut Mi walaupon tak diketahui oleh Ez."tah la Mi,sejak cikgu A yang cantik masuk,aku terus bersemangat nak belajar math.jiwa aku yang melayang-layang dulu mase waktu math dah bersatu dengan jasad aku balik.semua pasal math yang aku tak  paham aku terus tanye cikgu..aku rase aku dah tangkap syok la dengan cikgu tu"bicara Ez."owh ni punye pasal rupenye..patutlah ko beria-ia buat math ni,aku dah kenal ko lame dah..ko punye la musuh no satu dekat subjek math ni,tak sangke plak ko dah berdamai.hahaha..tapi aku nak kasi tahu ko la Ez yang cikgu ni cantik,menarik ,ramai tertarik,pasti satu hari nanti ade 'kumbang' melekat kat dia tu.haha..mase tu ko pon da frust menonggeng la jawabnye.."kata Mi.
"Deii..ape da kumbang ko letak jadi kiasan,haha..aku tak tau la ape jadi nanti.tapi aku rase ni la kekurangan kat sekolah yang ade semua lelaki ni,dah jarang sangat tengok perempuan.sekali cikgu cantik pon boleh.haha"jawab Ez dengan spontan ala-ala super spontan la...

kerancakkan mereka berceloteh terhenti dengan kehadiran cikgu Bahasa Melayu merangkap guru kelas mereka.Cikgu M namanya.dengan wajah yang kacak Cikgu M amat diminati oleh semua pelajarnya kerana dia juga pandai bergurau.Tapi di sudut kelas tu,Ez terus mengikut PnP walaupon fikiranya dah meloloskan diri dari otak kecilnya."betoi jugak kate si Mi tu tadi,sapelah aku ni,budak sekolah je pon"detik hatinya sambil dia menghembus nafas lelah seperti baru lepas mendaki Gunung Averest....

--------------------------------------------------------------------------------------

waktu rehat dah bermula,semua pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah..macam cerita 'My Boss My Hero'
pon ade.berkejar-kejaran .takut makanan yang tak berkaki tu habis..."Ez borow 5 kupang.aku nak bli air la.tercekik ni"desak Mi."heh?tula ko,makan tak ingat dunia..sekali tercekik sedap2 je borrow aku duit.ingat aku ni banker?bankrap ade la.haha"sindiran tu diikuti dengan pemberian 5 kupang kepada kawanya itu.Ez tak berkira sangat dengan Mi.sebab mereka dah pon berkawan sekian lama.macam adik beradik pon ade.selepas beberapa detik Mi kembali kemeja makan mereka."fuh lega..trimas Ez"ucap Mi.Ez hanya senyum."sebab ko dah tolong aku tadi,aku nak kasi tau satu cerita hot kat ko.lagi best dari Melodi TV3 tu.hahaha..suspen an?"Mi bersuara."apekebenda?cerita ko ni bukan betoi pon.dah la tak best"balas Ez.

"Tak best ko cakap?haha..dengar closely,aku pegi bilik guru tadi konon nak hantar homework aku yang lambat siap tula,sekali aku dengar cikgu-cikgu ponpuan bercerita..pom pang pom pang..aku dengar dari A sampai Z.hahaha..ko nak tau ape aku dengar?"tanya Mi."cakap jela.aku nak makan pon tak senang"marah Ez."haha..jangan makan hati la kawan,sebab Cikgu A ko tu dah tunang ngn cikgu kat sini jugak.dan part yang paling best tunang dia tu Cikgu M.hahaha..sabar ek."perli si Mi.Ez terdiam dan termenung,tetapi makanan di depanya terus jugak ditelan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Woi-woi hantar buku math sekarang.aku malas nak kutip lagi"marah Wan dekat kawan-kawanya.sebagai ketua kelas dy memang agresif kerana kalau buku tak dihantar secukupnye dia jugak yang kene bebel dengan cikgu.ape la nasib ko Wan."Wan aku tak siap lagi la keje math ni..t aku hantar la"rayu Ez."no kompromi jawab le ngan cikgu nanti."balas Wan."Aik dulu bukan main ko buat keje math ni.sekarang dah tak siap memanjang.haha..tak pon ko dah patah hati??"sindiran Mi tu tak dilayan Ez yang terus memberikan buku mathnye kepada Wan."t kene marah pon aku pasrah jela."kata Ez berseorangan."Aku bukan malas nak buat semua keje tutapi aku dah takde inspiasi nak buat,dengan tengok muke Cikgu M lagi la bertambah-tambah kemalasan aku ni.inikah yang orang kate patah hati?kejelesan melampau?entah la.kalau la aku dengar cakap Mi dulu takde la aku jadi camni.nasib baik harini Cikgu M ade kursus kat luar.takdelah aku kusut sangat tengok muke dia tu."suara halus dalam hati Ez rancak berkata.matanya melilau terus ke luar tingkap kelas.memerhatikan pakcik jaga yang sedang bersembang dengan pakcik tukang kebun dengan pandangan kosong.

pandangan kosong tersebut dipatahkan dengan riuh rendah kawan-kawan yang memperkatakan sesuatu perkara penting disudut kelas.dan Wan menjadi kepalanya disitu.mereka menzahirkan muka serius ketika membincangkan perkara tersebut.tapi Ez mengambil langkah berkecuali dengan melakukan hobinya.melukis.
tiba-tiba satu suara keras menyapa Ez."woi Ez ko nak tau yang Cikgu M da kemalangan,dengar citer teruk jugak la."kata Mi. "eh betoi ke?"balas Ez.."betoi la,takkan la nak main-main hal cam ni"sampuk Sam dengan seriusnya.

"aku tak pasti perasaan aku sekarang,kasihan?suke?sedih..sepatutnya perasaan ini jadi sedih.kenapa ade suke pulak?bukankah Cikgu M tu cikgu faveret aku dulu,cikgu yang banyak tolong aku,cikgu yang suke buat lawak..Arrrgahh..aku berperang dengan perasaan,semuanya sebab Cikgu A."Ez jadi celaru dalam fikiranya walaupon tak secelaru si penulis membuat addtional mathematic.Ez terus diamkan diri dan menunggu waktu TB.

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Dua bulan aku tak nampak Cikgu A,lepas Cikgu M dah meninggal,dy dah mintak tukar ke sekolah lain.nak lupekan perkara sedih katenye.aku pon kesian tengok Cikgu A,muke dy sayu je bile pergi sekolah.nak mengajar pon cam tak ceria dah.biar la dy amik semangat kat sekolah baru,dan aku pulak sekarang ni tengah prepare untuk amik exam terpenting dalam sejarah hidup aku' Sijil Pelajaran Sekolah-Sekolah Tinggi Terpenting Abad Ini ' atau singkatanye (SPSSTTAI) memang panjang.tapi ape boleh buat dah kementerian letak name macam tu.hahahaha..walaupon aku dah hilang sumber inspirasi dalam subjek math,aku dah jumpe kawan terbaik yang boleh guide aku iaitu Mi,dah kawan seberape lame baru la aku nak manfaatkan dia ni.haha.dan aku pon dapat membezakan perasaan suka dan cinta,tu pon lepas Mi ceramah aku.dia kate cinta tu sesuatu yang................(definasi anda sendiri),tapi suke adelah sesuatu yang kite minat sehingga mendorong untuk menguasai sesuatu bidang atau perkara tersebut,macam mathematik la,kalau tak sukekan nombor-nombor tu secara automatiknya jiwa menzahirkan penolakkan terhadap subjek tersebut,sebab tu aku memang anti subjek ni dulu,tapi itu dulu sekarang lain.dan aku nak berterima kasih kat Cikgu A sebab dy yang aku suke menyebabkan aku suke subjek mathematik yang aku tak berape suke dulu..."celoteh Ez sendirian semasa tengah mengulankaji untuk SPSSTTAI yang akan berlansung pada keesokan harinya.gudluck Ez!!

p/s:cerita ini diinspirasikan dari kisah benar dan merepek yang digabungkan oleh aku untuk memenuhi mase bosanku.

1 comment: