Sunday, April 22, 2012

Perihal Guru{flashback}

Post kali ni aku mengimbas waktu zaman sekolah yang da 6 bulan aku tinggalkan,malah jauh lagi start dari mase darjah satu lagi.Perihal cikgu ni bukan la nak citer tentang semua cikgu yg pernah ajar aku dari tadika sampai form5,tapi sbgai ingatan aku kat insan yg bergelar cikgu ni.Kalau nak tau aku baru2 ni pon tak brani nak apply IPG untuk jd cikgu..sbb kje jd cikgu ni payah la sangat bg aku..jadi TABIK SPRINGGG! kat ckgu2 yang ade...
nak kate bagusnye ckgu ni,bila mereka da abis je or da pencen gelaran 'cikgu' tu still melekat kat downg even klu korang da keje pon,bile jumpe je ckgu2 lame pasti korang akan cakap macam ni.."eh,cikgu!cikgu ingat sy tak??"..

main pointnye post ni sje2 je nak citer pasal ckgu ni..sebab aku pon xkan sampai ketahap ni tanpa cikgu..even mak ayah kte pon cikgu kite tapi bukan yang formal la..
berkatnye kalau kite hormati guru ni memang hebat,even kalau ko tak suke kat cikgu tu..accept je ape yg dia kate.seriously aku penah kne bala sebab x hormat cikgu..malah satu kelas aku pon kne cos kteowng memang kutuk cikgu ni atas sikap dia yg ske kondem orang.



------------------------------------------------------------------------------------------

Alkisah mase tu cikgu tu replace tempat cikgu yang lagi satu atas hal2 tetentu la..cikgu ni pon mengajar la kteowng subjek ni.subjek x penting sangat pon(bagi kteowng)..subjek SIVIK la!tapi cikgu ni gune method sembang2 je ngn kteowng..jdi banyak la agenda kutuk-mengutuk kami kat situ.taknak pangjang2 ,time exam Sivik tu kami pon abaikan paper tu coz nak stady bende lain yg lagi penting dengan harapan dapat jawab sume soklan Sivik tu dengan senang..tak salah aku cikgu tu yg buat soklan perikse tu.
pendek2 lagi citer kluar la result exam tu..terkejutnye kteowng sebab majoriti dalam kelas tu dapa gred C paper Sivik tu..

Same jugak mase F4..untuk subjek Addmath ngn Fizik..patut la ceroi je result SPM aku.tapi kes2 kat atas aku da mintak maaf da kat cikgu tu..

------------------------------------------------------------------------------------------

sejarah jugak mencoretkan yang Sultan Muhamad Al Fatih tu berjaya takluk kota Constantinopel jugak atas jasa guru dy..doa cikgu dy and nasihat tu diterime pakai sampaii dy berjaye jugak rampas kota tu..so ad brani nak kutuk cikgu korang lagi??

Monday, April 16, 2012

Here The Solution:)

Masa aku dekat PLKN dulu ade satu modul ni ,namenye Modul Integrasi..tujuanye nak kteowng belajar pasal agama dan adat resam kaum lain..time belajar pasal agame tu,satu bentuk perkongsian terbuka dibuat..jadi semua ley tanye kat agame yang lain pasal ape2 la..tetibe bangun seorang NON-MUSLIM dan tanye macam ni:

"kenape orang Islam semua sembah rumah hitam dekat mekah??"

semua muslim kat situ pon cam shock skit coz soalan ni cam high level untuk nak diterangkan..nasib la ade seorang MUSLIMni bangun dan jawab dengan sepenuh hati..tapi aku rase NON-MUSLIM tu macam tak pe jelas sangat..

jadi time aku tengah usha FB aku terjumpe satu post ni..jawapan pade soalan yang hampir same..aku pon copy and paste..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"






"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?" ...



"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"



"Allah ada dalam tu?"



"Tak....."



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"



"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."



"Kamu sembah apa?"



"Saya sembah Allah swt"



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"



"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."



"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."



"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"



"Pernah...... selalu.."



"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"



"Tengok perlawanan bola la.."



"Di mana?"



"Dalam tv la.."



"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."



"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."



"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."



"So..?"



"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"



"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."



"Peliknya.."



"Sebab apa pulak pelik?"



"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."



"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."



"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"



"Ya.. tak pelik.."



"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Alhamdulillah;)

Tuesday, April 10, 2012

Keluh Kesah~

Aku baru balik dari reunion dengan member-member petang tadi.Letih ya amat.Tapi bukan tu yang aku nak cakapkan kat sini(jd tak payah la nak eksyen).bukak2 je lawan sosial Facebook.tetibe ade member post..

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menawarkan Bursary (dermasiswa) automatik kepada 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas. 

Statistik pencapaian 1,609 pelajar itu adalah 9A+ (1,020 orang), 10A+ (492 orang), 11A+ (90 orang) dan 12 A+ seramai tujuh orang. 



Jadi aku yang takde kene dalam hal biasiswa-biasiswa ni pon tekejut,walaupon keputusan SPM aku macam takde rezeki untuk biasiswa,tapi aku tak kesah sangat sebab memang patut pon..yang musykil semusykil-musykilnye kawan-kawan aku yang dapat semua A dalam SPM pon mengeluh..sepatutnye result macam dorang ni dah sah-sah dapat biasiswa..jadi mereka -mereka ni pon melenting la soksek sane sini nak tunjukan yang dorang tak brape puas hati..da dapat straight A's beb!sape x mengamuk kalau tak dapat biasiswa..yela bukan semua orang kaye sampai nak tampung kos belajar jauh-jauh tu.

Lebih merisaukan aku sekarang ni..setelah berfikir secara rasional dan kritisnye,aku risau dengan lambakkan orang pandai-pandai ni aku menutup terus peluang aku nak menonjol dalan akademik bila kat Universiti nanti.Bukan nak kate aku da menngaku kalah sebelum berusaha..tapi bayangkan,kalau yang pandai-pandai ni tmelambak kat IPTA ,jadi aku sebagai golongan kebanyakan macam aku ni agi la kene keras lagi dalam study nanti..maklum la nk chalen dengan yg tiktop.aduz~

Sunday, April 8, 2012

Cantik Itu Subjektif



Macam penah dengar je tajuk ni..memang pon aku cilok dari tajuk video Matlutfi90 tu.Ayat macam canggih,tapi ak sendiri pon x berape paham dengan title ni..saje nak buat-buat gempak.Tapi aku memang ade bende nak bagitau la dalam hal cantik-cantik ni.Pada arus globalisasi ini,aku nampak banyak trend orang memlih kawan.Pilih pon takat yang cun melecun,yg hensem,pakat-pakat muke cam korea tu..sikap ni pulak dapat aku lihat kat Facebook,memangdangkan kita bleh 'approve' or 'deny' sesape pon yg kita nak jadikan dy kawan kita..maka kita pon bleh gak memilih untuk tambah kawan dengan add orang-orang yang kita suke..walaupon x kenal,asal hensem,je add,asal lawa je add..jadi ape yg belaku kat insan yg sebaliknye??
Jeng..jeng..jeng..dorang akan transformkan diri dorang daripad muke orang kebanyakkan,jadi muke artis.Bukan susah pon..letak la gambar artis tu.senang citer..jadi masyarkat pon belambak la melahirkan insan-insan yg tak jujur ni.amik gambar orang wat macam dy punye pulak!




Tapi tak boleh la nak pesalahkan golongan ni semata-mata..aku pon admit yang ak takde paras yg orang kate 'market'..tp aku bersyukurlah sebab at least aku lengkap -selengkapnye kejadian kalau nak dibandingkan dengan segelintir orang yang Allah tarik nikmat wajah or pancaindera mereka tu.Jadi kepad pihak yang tersangat-sangat memilih kawan samada kawan kat alam maya ke,kawan kat tempat keje ke,kawan skolah ke,janganlah terlalu memilih..pastu orang akan cakap,"kalau tak pandai pilih kawan,nanti kita terhasut dengan member-member had negatif ni macam mana?ce kabo ka teman"..eleh simple solution la,aku bukan tak bagi korang pilih kawan korang,tapi aku bagitau jangan pilih kawan sebab kecantikan atau kehenseman paras rupa diaorang..maka akan terhasil la sistem kasta secara tak lansung kalau korang amalkan bende macam ni.Aku pon selalu gak buat macam ni,tambah-tambah lagi kat Facebook tu..tapi kalau dipikirkan kalau aku add orang yang cantik or hensem,pastu diaorang deny aku sebab aku tak ensem,adil ke??padahal dorang tak tau lagi aku ni baik ke tak.Jadi hal hensem tak ensem,lawa tak lawa ni tolak tepi la kalau nak berkawan tu..kalau nak berkawin pon korang tak semestinye dapat yang kawkaw cun or hensem macam korang nak kan?kalau da sampai seru jodoh,awek gemuk pon boleh kawin ngan artis korea.Kunfayakun...tu je.ngeh ngeh ngeh.

Ini Lah Kesudahanya..

syukur atas result yang da dapat!




Aritu bercadang nak bagitau result SPM aku..tapi kalau ok je.haha.nasib la aku cukup-cukup makan je..tak teruk tak cemerlang gemilang untuk terbang ke oversea.Congrate la kepada kawan-kawan seperjuangan yang dapat straight A's aritu.Pada yang senasib dngan aku jangan la sedih2 sebab kita tak berusaha macam kawan-kawan kita wat..jadi tak adil la kalau Allah bagi kita cemerlang sedangkan usaha kita pon skit an?

Maka ini la nak bagi tau yang result aku yang aku dapat ialah 5A ,3B,1C..tak nampak macam seorang yang cemerlang pon kalau korang usha result ni..haha.memang pon sebab aku tak usaha macam orang yg nak cemerlang mase tu..menyesal pulak,isk3..tapi da tak gune lagi..haha..yang aku tensyen tu subjek Fizik aku leh dapat B plak..sebab aku yakin untuk dapat A dalam subjek ni.ngek~lagipon  trial aku Fizik ni memberangsangkan..hahaha..tapi aku tau punca Fizik ni down.sebabnye aku tengok bola malam sebelum exam Fizik tu..ngan member2 lain gak.biase la duk hostel senang terpengaruh..sakai~mase tu match
 MALAYSI VS SYRIA..dah la kalah pulak tu.tak bebaloi betoi.haha..nasib badan.takpe2 aku un da lepas SPM tu..jadi pasni fokus untuk further blajar mane2..time to make my parent proud of me:p

#p/s:kepada yang masih bersekolah,blajar la lekklok..korang bukan nak pk ape2 pon..pk blajar je.jgn da dpt result bru nak menyesal mcm aku.hahaha..

Ada Sesuatu Pada Tiada

Alhamdulillah tertaip dulu sebab aku da lulus ujian JPJ dan dapat kerja pd hari yang same!Remarkable day!haha..tu la citernye.sje nak bagitau.tapi tu pon kne kerja keras nak dapat bukan golek-golek datang..ngeh3.Actually aku terpikir tadi dan hari-hari sebelum ni bila aku took a view dari atas..dari rumah aku la.tingkat tiga kot.Jadi aku nampak la macam-macam bende dri atas ni..x semua la.Jadi aku selalu la terpandang seorang pakcik ni.Dia ni tukang jage surau dekat ngn rumah aku..ape yg uniknye dia ni seorang yg 'capek'..ya!jadi cara jalan dia x sempurna sikit.tapi aku kagum la dengan dia sebab dia x jadikan alasan kaki dia tu untuk tak imarahkan surau..sebab dia ni jalan kaki je selalu mase pergi surau tu.tertanye-tanye jugak aku kat diri sendiri ..aku yg sempurna ni pon jarang jejak kaki dekat surau tu.Astaghfirullah..jadi itu yg buat dia unik dekat mata aku.tapi kalau orang yg tak tau or x kenal dy mungkin dorang akan pandang serong kat orang mcm ni sebab ketidaksempurnaan dia..Aku rase dia mungkin dah anggap dia tak dapat nikmat kesempurnan anggota kat dunia dan percaya akan dapat di akhirat t..fuhh..


---------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang lagi pakcik yang aku selalu ternampak dari atas ni pulak seorang yang berbasikal.Tu memang rutin dia tiap-tiap hari ..lagipon dy macam dah takde famili aku tengok.tapi ade rumah kat simpang jalan tu..aku suka tengok kesungguhan pakcik ni carik barang buangan untuk dikmpulan dan jual la..pagi2 subuh da mengayuh basikal tua dia untuk carrik bende2 tu..aku rase da sepuluh tahun dia buat keje ni sbb aku tinggal  dekat sini pon dalam 12 tahun..rajin tak rajin dia ni sampai petang jugak la dia keje..senja2 tu boleh la nampak dia lalu smbi bawak barang yg dia kumpul tu..full kot basikal tu.Tapi dia still ley control lagi ..dasyat.Dia tak peduli orang lain pon nak kate ape kat dia..Dia punya hasil kumpul tu pulak setiap hari penuh,macam dia akan hidup kat dunia ni untuk seribu tahun lagi..dan part yang paling best ialah dia seorang non-muslim..






-----------------------------------------------------------------------------------------------

jadi aku kongsi pasal dua orang ni saje je nak tunjukkan yang kita boleh belajar something even dekat seseorang yang kita tengok nothing..bak kate orang jgn menilai buku tu pada kulit buku u.aku bukan nak berfalsafah plak cuma aku nak betoikan anggapan orang kita ni(Malaysian) yg sentiasa mendownkan anggapan mereka dekat orang yg dilihat tak berkejaya ni..lagi satu mesejnye adalah kalau tengk banyak orang kita akan banyak belajar dan muhasabah diri..ngehngehngeh!