Thursday, December 15, 2011

Bagaimana Hari-Hari Terakhir Seorang Senior??

tamatlah..zaman persekolahan
masih dihantui memori..
waktu kecil,waktu yang terbilang..
oh tuhan ku tak mahu pergi..

alangkah,idahnya dunia..
bila kita semua,tak akan membesar..
alangkah,indahnya dunia..
bila kita semua akan bersama selamanya...

("-)~

Hahahahahaahaha..
gelak ni ditujukan khas buat kedua-dua buah sekolah yang aku pernah menimba ilmu didalamnya.SMK Sultan Yussuf dengan SBPI Gopeng.Sape kate aku ni kacang lupekan kulit..
tanpa dua sekolah yang berikut,sape la aku ny sekarang an?

Hah!the lirik on the top tadi tu lagu hujan bertajuk muda.Aku slalu nyanyi lagu ni mase sekolah dulu hehehe..masa tu x sabar nak abiz sekolah..kononye sekolah ni penat,letih,kne ikut jadual itu ini..tensyen dowh!paling x digemari ofcoz la exam coz masa tula baru nak catch up ape yang  x dikuasai lagi..salah diri sendri gak..tapi hakikatnye sume orang buat macm tu kan?xpayah nak tipula..

Ape yang istimewa tentang lirik ni??
korang yang da abis skolah ni x rase ke muda kembali?rase nak masuk sekolah semula??j
huh!korang tanpa disedari telah menghabiskan 11 tahun hidup kat dunia ni untuk bersekolah..jadi jangan tipu aku lagi kalau korang xde rse sikit pon untuk kembali ke sekolah itu..yeeeaaayy!!


---------------------------------------------------------------------------------------------

Almaklumnya,aku x sempat nak habiskan zaman persekolahan dekat SMK Sultan Yussuf disebabkan telah ditransferkan ke sekolah lain oleh kementrian..(aku yang mohon sebenarnye).Namun rakan-rakan seperjuangan di SYS tu jangan la ingat aku lupekan korang..kalu korang bace artikel ni korang ingat la aku balik ek?kalau korang x percaya aku boleh bagitau name-name yang selalu menemani aku di SYS..mila,fitrah,fadlin,shahril,naiz..

Dan aku menghabiskan sisa 2 tahun persekolahan aku di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng..dekat sini la aku diangkat status sehingga digelar senior(baru dua taun skolah kot)..
muncul pulak watak baru yang jadi geng aku kat cni..nama-nama macam Poji,Nazreen,Kamil,Buntun,Min,Sob,Khairil,Ika,Syazlin,Nazer,Jaan...memainkan peranan dalam mencorak hidup aku dekat sini..well done fellas!!
Tapi ramai lagi watak penting kalau nak disebutkan terutamanya warga2 Dorm Mutiara 3..
Along,Gori,Azim,Yap,Punjap,Gr,Syamil...korang memang COOL!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Adat la dalam teater dunia ni pasti ada kesudahanya..
perjalanan persekolahan aku tamat pada 30 November 2011 lepas selesai paper Biology..
maka dengan berat hati aku terpaksa jugak meninggalkan sekolah itu..
sebagai penghargaan untuk sekolah aku pon dicided untuk stay satu hari lagi..
lalu bermula la satu perasaan gila-gila untuk menghabiskan hari-hari terakhir seorang senior..Chechkedout!


ni kiteowang kat depan aspuri..(pompuan x berani nak halau kteowang)

kat tengah jalan pon boley

ni pelakon korea yang baru..hahaha

macam Crow Zero tak?


macam Masked Rider pon ade..

Bergambar dengan jentolak JKR..suke ati je.

Look at those picture..
look likes one big family done a crazy thing..
haha..pagi hari amik gambar ni kiteorang cadang nak naik tangki sekolah..tempat yang paling tinggi,tapi telah digagalkan oleh Pak Cik Jaga..hahah..xpe2 aku da merase gak naik atas tu..then para senior pon berarak sekeliling sekolah untuk mengambil gambar sebagai kenangan terakhir..

Saturday, September 3, 2011

Open House!

Yeayyy!kegembiraan raya yang agak suram kali ni telah diserikan oleh open house member-member yang banyak menjemput sahabat mereka ke rumah terbuka..lebih bermakna jugak kerana peristiwa ini gak telah bertindih dengan hari lahir aku jika dicalculate dengan kalender Hijrah,maka 5 syawalah menjadi saksinya..
perjalanan raya dimulakan  apabila aku dengan ikram(bekem) bergerak ke ruamah Min.Di rumah Muhaimin kat taman Meru menjadi tempat kteorang berkumpul.Dekat sana kteorang berkumpul dan mewujudkan satu geng yang dianggotai Min,Anuar,aku ngan Bekem..kiteorang pon bergerak ke rumah Minred lepas abis menjamu selera kat rumah Min yang bertemakan lauk Kelantan!
Seterusnya kteowng pon terus bergerak ke rumah Minred(Amin Redzuan)..Dekat rumah Minred kteowang dijamu pulak dengan makanan ala-ala Western..sedap x ingat!!
Kemudian kteowang bergerak plak ke rumah Poilam(Hakeem) yg berdekatan Jalan Kuala Kangsar dengan bas lompat!mcm bangla jugak la aku rase ble kteowang kne duk tepi jalan tunggu bas..hahaha


Sesampai je kat Medan Kit kteowang naik teksi pulak pergi ke rumah Poilam..letih sioot!
hahaah..dekat rumah poilam la kteorang lepak lame-lame coz nak tunggu member-member konvoi..xnak cakap banyak..usha gambar ni!


Itik pon ade..

Letih dowh naik bas!

Aku dengan Buntun(Anwar)

mewakili 3 bangsa..korang pikir la sendri!






Kamil dan pose yang comel..
Lastly nk kate trimas jemput datang open house korang!BEST BRO!

Masih Ingat??

Iklan dulu-dulu memang best..korang ingat lagi iklan raye ni??








Friday, September 2, 2011

Raya,Television dan SPM.

Assalam,
saat aku menulis bende alah ni,suasana raya masih terasa memandangkan hari artikel ni ditulis pon merupakan hari ke-4 raya.tapi raya tahun ni bile difikirkan balik memang x best cam dulu-dulu..
orang kate ,bile da besar badan tu maknenya korang dah x boleh jadi penerima duit raye dah..korang kene la jadi pemberi duit raye pulak..haha.

Satu lagi bile dah besa ni korang pon dah x payah la sengal-sengal jalan-jalan mcm budak kecik..
ketuk pintu jiran dan cakap,"assalamualaikum..makcik,pakcik!kami datang nak raye"..sebab korang mungkin akan dipandang 'slack 'oleh masyarakat lebihh-lebih lagi golongan kanak-kanak yang x buat macam tu pon.Tapi kalau dah mengidam nak buat macam tu aku x bleh nak halang..

Back to the main point!
selepas dikaji dari pelbagai sudut,bagi ak raye tahun ni cam kurang best sebab tahun ni la merupakan tahun bagi seseorang warga Malaysia yang berumur 17 tahun macam aku menghadapi peperiksaan paling bernilai dalam hidup iaitu Sijil Pelajaran Malaysia..
maka masa untuk sambut raya secara sakan x boleh la diteruskan tradisinya memandangkan saat artikel ni ditulis pon SPM ade lebih kurang 78 hari lagi untuk persiapan yang secukupnya..

Jadi pengubat di hari raya ni adalah television.Hari Raya merupakan masa terbaik untuk semua siaran TV meletakkan citer-citer yang best..

Bagi kawan-kawan yang senasib dengan aku ni diharap jangan la berduka cita kerana berkorban pada hari raya nii merupakan satu jihad dan insyaallah kte semua dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM!

Thursday, June 9, 2011

Mayday! Mayday! improve your english please...

Peristiwa yang menyayat hati telah berlaku pada seminggu lepas..
Alkisah,aku menaiki moto dengan senag -lenang tanpa tunggang langgang menuju ke arah masjid untuk menunaikan solat jumaat.Tanpa disedari ,aku diuji dengan satu ujian yang melibatkan penguasaan bahasa inggeris!



Setibanya di satu simpang empat,aku pon berhenti kerana itu peraturan dan aku seorang penunggang yang berhemah maka aku pon ikutlah peraturan jalan raya.Tapi itu bukan mainpointnya..klimaksnya bermula ketika sebuah kereta yang berhenti berhampiran simpang tu mengeluarkan seseorang yang berwajah agak mak saleh menghampiri aku..aku terpinga-pinga sebentar..orang itu menghampiri dan memulakan bicara:

Mat Salih:Sorry can you please show me where Batu Gajah Railway Station?

Aku:Eerr..yoou can go straight along this road..untill infront there and ask someone there..

Mat Salih:...???(muke hampa)

Bile nampak je jalan tu clear aku pon bergerak cepat dari kawasan kejadin ,risau la nanti dy tanye lelebih!hahah..memang x gune la.Sepanjang hari tu aku rase bersalah palk kat Mat Salih tadi.Aku bukan xnak Tolong dy,tapi ade dua faktor yang menyebabkan aku x dapat membantu,antaranya:

1)tiada keyakinan diri untuk cakap Inggeris lebih-lebih..takut gak wat slack nanti,segan la diri.

2)Ada rasa kerkejut sikit sebab dy tanye aku mase tu kat simpang empat..t ade lori datang abis la  ku..hahah

3)Lagi pon aku xtau nak explain kedudukan tempat yang dy nak pegi tu..nak tunjuk jalan nanti lambt plak pegi masjid!!

Moral of the story:Aku sebenarnye menunjukkan kelemahan diri aku dalam bahase Inggeris.Mujur la si Mat Salih tu datang dan ingatkan aku tentang perlunya menguasai bahasa Internasional ni..TAMMAT.

Thursday, June 2, 2011

Belajar Dari Sang Hitam!

Dia berlari selaju angin..
Tiada apa dapat menghalangnya..
Apapun halangan sepanjang laluan dapat diatasi..
Ke kiri,ke kanan..kiri balik!
sekali imbas cam Pink Panther..
Tapi dua kali imbas memang bukan Pink Panther...
Sebab Ia adalah seekor kucing hitam yang di gelar 'Titam' olehku..
Sejak kecik lagi Titam memang gemar berlari dan aktif..
No wonder la sampai aku rase nak pelangkung je dy ni sebab kelincahanya yang melampau!!



Namun,
episod duka menjelma bila setibanya aku dari hostel!
Aku mendapati dy yang lincah itu telah bersimpuh tak bermaya..
Wajahnya yang hitam menjadi kelam dan suram..
Kakinya loloi dan lemah,menjadikan aku tertanya-tanya apa sebabnya..
Maka ku ajukan soalan kepada ibuku:

EZZO:Ibu awat si Titam ni duk rilek je dari tadi?

IBU:Cube kamu tengok kaki dy betoi-betoi..kan sakit tu!

EZZO:A'ah,betoi la..kenapa ek??

IBU:Tak tau pagi-pagi tetibe je dy sakit cam ni...

Amat-amat pelik..macam manalah leh tetibe je sakit.soalan itu pun terjawab bila aku mengngati satu kisah benar!Teringat pulak kisah dimana aku tetibe diserang sakit gigi yang amat sangat..rasanye setiap malam gigi aku 'merengek' pukul dua tiga pagi..menangis gak la aku tiap malam..hahaa.

Sampailah aku nk pegi klinik pagi tu,aku dapat tau yang kawan aku ade sakit mate sorang..lepas dapat permision dari sekolah kami berangkat ke klinik dengan van sekolah.Ada la sorang lagi kawan aku join naik same..dalam van tu aku ingat aku la yang paling sakit sekali dalam dunia ni.Aku tahan je gigi yang sakit 'merengek-rengek' tu.Tapi fenomena berubah bila aku tengok kawan aku yang sakit mate tu..dy lansung tak ley tengok pape atas kesakitan matanya dan boley kate dy cam 'buta' mase tu..
tengok kesakitan yang dy rase buat aku terpikir balik statement tentang "aku la yang paling sakit "waktu tu..waktu tu aku rase bersyukur sangat sebab disebalik kesakitan yang aku dapat,rupanya ada lagi hamba Allah yang diuji dengan kesakitan yang lebih teruk!!barulah terfikir akan nikmat yang Alah berikan..

"Dan nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(Surah A-Rahman)

Dari itu aku dah belajar sesuatu iaitu :
   
   
"setiap kesakitan,kelelahan,ujian,kesusahan,kemusnahan,ketakutan dan segala macam 'Ke' yang ditimpakan keatas kamu bukan tujuan untuk sakiti dan membebanimu tapi sebagi tanda Dia mahu kamu belajar dan bersyukur akan sesuatu!"

Monday, May 30, 2011

Waaaachhha!!

Tamparan hebat terkena dkat muke!
adoi!!muke x merah..tapi hati yang marah!
situasi ni berikutan RESULT EXAM midyear yang lepas!

RESULT EXAM jelas menunjukan lubang-luang ilmu yang msaih belum ditampal dengan pelekat 'STUDY'..
terdetik lak hati ni  nak cakap..

"tu la lain kali stady awal-awal"..

yang sebelum tu cakap..

"tak pe exam lambat lagi"

menusup pulak ayat keramat Melayu..

"usaha kunci kejayaan"

jadi betul la apa yang diaorang cakap ek??hahahah







------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tapi takpe la,yang lepas xyah nak kecoh-kecoh kenang wat kalut je..teruskan misi dengan gigih untuk menempuh cabaran SPM 2011.masih sempat lagi kot sebelum trial!korang x caya??ak ley bet ak score A dalam sume subject 'SAINS'..jangan tekejut la!!


lihatlah wajah-wajah pemimpin masa depan..ahahah

YEN;EZZZO;OGY;SOB:P
p/s:sesape yang ade komen kat ruangn spread your words to trimas bebanyak..haha..ingatkan blog aku ni da mati!

Saturday, April 2, 2011

Bolaaaa..Itu Buuulat..

YEEAAYYY!!
sukar nak percaya tatkala sume warga pelajar IGOP bersama-sama terpendap senyap di asrama,aku kat sini bebas menulis at blog..memang padan pon..lepas 5 minggu x blik,diganggu plak ngan KESUMA SBP..maka amat wajarlah 'kami' yang bertugas mase KESUMA tu blik..ape-ape pon trimas la dekat cikgu yang amat memahami 'kami'..since the last entry yang tak membawa ape-ape makne pon,aku nak share la satu kejayaan IGOP ..naib johan Liga Juara-Juara Kinta Selatan..
team simpanan..diketuai oleh Hidir(yang comel tu)


First eleven team..Gempak!!




Dua gandingan veteran!!Yap dan Itik!


Said to the oppanent "we plaay fair play"


Abaikan!!


Masih menunggu dipanggil...hahah


Medal Perak..apa yang diusahakan akan didapatkan..


Friday, February 4, 2011

Turun Naik Tirai Kalender..

Masa makin ke depan ,ketinggalan la silam...
ucapan selamat datang kalender baru dikala kalender lama di dalam tong sampah..
bersorak gembiralah ramai insan menyahut satu lagi tanggungjawab tahunan..
mercun 'DUM-DAM'..
konsert sana sini..x terjangkau akal menglistkan azam baru...
ade pulak yang sibuk mencerna makanan di depan television bersama cerita 'Mega Movie'..
dan masih belum hilang lagi rasa bangga pemain bola sepak kebangsaan yg telah johan..
x cukup tangn jugak mamak nk siapkan pesanan para pelepak'malam tahun baru'..
namun mungkin hanya seorang insan yg merasa kehampaan disebalik senyuman sampai ke telinganya..AKULAH!!

Akulah yg paling x gembira bila tirai kalender 2010 diturunkan..kenapa??
bukan niat untuk melawan fitrah!tapi jika ada mesin masa,aku orang petama yang akan gunakanya..kenapa??
bukan pulak menganggap 2011 sebagai tahun yg malang bg aku..tapi kenapa??
sebab yang amat tidak jelas..
pasti ade yang akan kate ak ni sewel!tapi aku punye suke la..
KERANA zaman persekolhan aku sudah sampaai ke penghujungnya...
pasti ramai tertanya kenapa mesti rindukan zaman persekolahan??..zaman yg penuh beban dan tanggungjawab..
zaman yg mengongkong kebebasan diri..??
tapi kenapa mesti rindu zaman kita tidak mengenal tanggunjawab kedewasaan..??
zaman yang penuh pantang larang..??

Add caption


Sebaiknya korang ingat balik masa kat skolah dulu..
berapa lama kita habiskan masa kat skolah??
cuba kira dalam tahun..bulan..hari..minit ataupon saat..
kalau dalam tahun dah 11..
dalam bulan dah 110..
kalau dalam saat pulak..285,120,000...!!!

ingat balik time kite xde ilmu pengetahuan langsung!!
mula blajar 1,2,3..eja pulak 'bola'..
lalu siapa and kat mane kite gain sume tu??
kemudian bile masa kite punyai duit poket untuk kali pertama??

X perlu runsing lagi..
nak tanye korang de brape orang kawan?
100?..200??
bila first time korang jumpe insan bergelar kawan?
lalu BOHONGLAH andai korang katekan sekolah bukan sebahagian daripada korang..

Lalu bila sudah berlalunya zaman persekolahan,hilanglah sebahagian kehidupan yang menceriakan hidup kita selama ini..
dan ditegaskan berbondong-bondong manuisa akan menggunakan mesin masa untuk kembali ke sekolah!!
Jadi message yang nak disampaikan adalah HARGAI WAKTU PRSEKOLAHAN ANDA SEBELUM TIRAI KALENDER KEMBALI BERTUKAR GANTI!!!

mungkin gak lagu ni akan bermain kat kepala korang nanti.hehehe.