Thursday, June 9, 2011

Mayday! Mayday! improve your english please...

Peristiwa yang menyayat hati telah berlaku pada seminggu lepas..
Alkisah,aku menaiki moto dengan senag -lenang tanpa tunggang langgang menuju ke arah masjid untuk menunaikan solat jumaat.Tanpa disedari ,aku diuji dengan satu ujian yang melibatkan penguasaan bahasa inggeris!



Setibanya di satu simpang empat,aku pon berhenti kerana itu peraturan dan aku seorang penunggang yang berhemah maka aku pon ikutlah peraturan jalan raya.Tapi itu bukan mainpointnya..klimaksnya bermula ketika sebuah kereta yang berhenti berhampiran simpang tu mengeluarkan seseorang yang berwajah agak mak saleh menghampiri aku..aku terpinga-pinga sebentar..orang itu menghampiri dan memulakan bicara:

Mat Salih:Sorry can you please show me where Batu Gajah Railway Station?

Aku:Eerr..yoou can go straight along this road..untill infront there and ask someone there..

Mat Salih:...???(muke hampa)

Bile nampak je jalan tu clear aku pon bergerak cepat dari kawasan kejadin ,risau la nanti dy tanye lelebih!hahah..memang x gune la.Sepanjang hari tu aku rase bersalah palk kat Mat Salih tadi.Aku bukan xnak Tolong dy,tapi ade dua faktor yang menyebabkan aku x dapat membantu,antaranya:

1)tiada keyakinan diri untuk cakap Inggeris lebih-lebih..takut gak wat slack nanti,segan la diri.

2)Ada rasa kerkejut sikit sebab dy tanye aku mase tu kat simpang empat..t ade lori datang abis la  ku..hahah

3)Lagi pon aku xtau nak explain kedudukan tempat yang dy nak pegi tu..nak tunjuk jalan nanti lambt plak pegi masjid!!

Moral of the story:Aku sebenarnye menunjukkan kelemahan diri aku dalam bahase Inggeris.Mujur la si Mat Salih tu datang dan ingatkan aku tentang perlunya menguasai bahasa Internasional ni..TAMMAT.

Thursday, June 2, 2011

Belajar Dari Sang Hitam!

Dia berlari selaju angin..
Tiada apa dapat menghalangnya..
Apapun halangan sepanjang laluan dapat diatasi..
Ke kiri,ke kanan..kiri balik!
sekali imbas cam Pink Panther..
Tapi dua kali imbas memang bukan Pink Panther...
Sebab Ia adalah seekor kucing hitam yang di gelar 'Titam' olehku..
Sejak kecik lagi Titam memang gemar berlari dan aktif..
No wonder la sampai aku rase nak pelangkung je dy ni sebab kelincahanya yang melampau!!



Namun,
episod duka menjelma bila setibanya aku dari hostel!
Aku mendapati dy yang lincah itu telah bersimpuh tak bermaya..
Wajahnya yang hitam menjadi kelam dan suram..
Kakinya loloi dan lemah,menjadikan aku tertanya-tanya apa sebabnya..
Maka ku ajukan soalan kepada ibuku:

EZZO:Ibu awat si Titam ni duk rilek je dari tadi?

IBU:Cube kamu tengok kaki dy betoi-betoi..kan sakit tu!

EZZO:A'ah,betoi la..kenapa ek??

IBU:Tak tau pagi-pagi tetibe je dy sakit cam ni...

Amat-amat pelik..macam manalah leh tetibe je sakit.soalan itu pun terjawab bila aku mengngati satu kisah benar!Teringat pulak kisah dimana aku tetibe diserang sakit gigi yang amat sangat..rasanye setiap malam gigi aku 'merengek' pukul dua tiga pagi..menangis gak la aku tiap malam..hahaa.

Sampailah aku nk pegi klinik pagi tu,aku dapat tau yang kawan aku ade sakit mate sorang..lepas dapat permision dari sekolah kami berangkat ke klinik dengan van sekolah.Ada la sorang lagi kawan aku join naik same..dalam van tu aku ingat aku la yang paling sakit sekali dalam dunia ni.Aku tahan je gigi yang sakit 'merengek-rengek' tu.Tapi fenomena berubah bila aku tengok kawan aku yang sakit mate tu..dy lansung tak ley tengok pape atas kesakitan matanya dan boley kate dy cam 'buta' mase tu..
tengok kesakitan yang dy rase buat aku terpikir balik statement tentang "aku la yang paling sakit "waktu tu..waktu tu aku rase bersyukur sangat sebab disebalik kesakitan yang aku dapat,rupanya ada lagi hamba Allah yang diuji dengan kesakitan yang lebih teruk!!barulah terfikir akan nikmat yang Alah berikan..

"Dan nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"(Surah A-Rahman)

Dari itu aku dah belajar sesuatu iaitu :
   
   
"setiap kesakitan,kelelahan,ujian,kesusahan,kemusnahan,ketakutan dan segala macam 'Ke' yang ditimpakan keatas kamu bukan tujuan untuk sakiti dan membebanimu tapi sebagi tanda Dia mahu kamu belajar dan bersyukur akan sesuatu!"