Saturday, September 3, 2011

Open House!

Yeayyy!kegembiraan raya yang agak suram kali ni telah diserikan oleh open house member-member yang banyak menjemput sahabat mereka ke rumah terbuka..lebih bermakna jugak kerana peristiwa ini gak telah bertindih dengan hari lahir aku jika dicalculate dengan kalender Hijrah,maka 5 syawalah menjadi saksinya..
perjalanan raya dimulakan  apabila aku dengan ikram(bekem) bergerak ke ruamah Min.Di rumah Muhaimin kat taman Meru menjadi tempat kteorang berkumpul.Dekat sana kteorang berkumpul dan mewujudkan satu geng yang dianggotai Min,Anuar,aku ngan Bekem..kiteorang pon bergerak ke rumah Minred lepas abis menjamu selera kat rumah Min yang bertemakan lauk Kelantan!
Seterusnya kteowng pon terus bergerak ke rumah Minred(Amin Redzuan)..Dekat rumah Minred kteowang dijamu pulak dengan makanan ala-ala Western..sedap x ingat!!
Kemudian kteowang bergerak plak ke rumah Poilam(Hakeem) yg berdekatan Jalan Kuala Kangsar dengan bas lompat!mcm bangla jugak la aku rase ble kteowang kne duk tepi jalan tunggu bas..hahaha


Sesampai je kat Medan Kit kteowang naik teksi pulak pergi ke rumah Poilam..letih sioot!
hahaah..dekat rumah poilam la kteorang lepak lame-lame coz nak tunggu member-member konvoi..xnak cakap banyak..usha gambar ni!


Itik pon ade..

Letih dowh naik bas!

Aku dengan Buntun(Anwar)

mewakili 3 bangsa..korang pikir la sendri!






Kamil dan pose yang comel..
Lastly nk kate trimas jemput datang open house korang!BEST BRO!

Masih Ingat??

Iklan dulu-dulu memang best..korang ingat lagi iklan raye ni??








Friday, September 2, 2011

Raya,Television dan SPM.

Assalam,
saat aku menulis bende alah ni,suasana raya masih terasa memandangkan hari artikel ni ditulis pon merupakan hari ke-4 raya.tapi raya tahun ni bile difikirkan balik memang x best cam dulu-dulu..
orang kate ,bile da besar badan tu maknenya korang dah x boleh jadi penerima duit raye dah..korang kene la jadi pemberi duit raye pulak..haha.

Satu lagi bile dah besa ni korang pon dah x payah la sengal-sengal jalan-jalan mcm budak kecik..
ketuk pintu jiran dan cakap,"assalamualaikum..makcik,pakcik!kami datang nak raye"..sebab korang mungkin akan dipandang 'slack 'oleh masyarakat lebihh-lebih lagi golongan kanak-kanak yang x buat macam tu pon.Tapi kalau dah mengidam nak buat macam tu aku x bleh nak halang..

Back to the main point!
selepas dikaji dari pelbagai sudut,bagi ak raye tahun ni cam kurang best sebab tahun ni la merupakan tahun bagi seseorang warga Malaysia yang berumur 17 tahun macam aku menghadapi peperiksaan paling bernilai dalam hidup iaitu Sijil Pelajaran Malaysia..
maka masa untuk sambut raya secara sakan x boleh la diteruskan tradisinya memandangkan saat artikel ni ditulis pon SPM ade lebih kurang 78 hari lagi untuk persiapan yang secukupnya..

Jadi pengubat di hari raya ni adalah television.Hari Raya merupakan masa terbaik untuk semua siaran TV meletakkan citer-citer yang best..

Bagi kawan-kawan yang senasib dengan aku ni diharap jangan la berduka cita kerana berkorban pada hari raya nii merupakan satu jihad dan insyaallah kte semua dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM!