Wednesday, December 29, 2010

Hapuskan Kesedihan dan Melankolik Dirimu..

Assalamualaikum..
Tajuk cm nampak gempak kan?
Cerite tentang kesedihan ni memang banyak..setiap manusia xkan terlepas daripada kesedihan..
Namun kesedihan yg kite rasa sbelum ni kena tak pada tempatnye??..
mungkin kesedihan tentang hal-hal yg remeh..cuba anda lihat 3 situasi kat bawah ni..

Azura baru lepas 'break' dengan boyfriend dy..dy berasa sangat pilu kerana hubunagn yg dibina sejak dua taun lepas telah putus disebabkan adanya orang ke-3 dalam  hubungan tersebut..kini dy tertekan dan emosinya terganggu hingga menyebabkan dy sakit...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gheeta,telah menbunuh diri dengan tali sejurus dy mendapat keputusan SPM.Dia dipercayai membunuh diri kerana mendapat gagal dalam subjek Addmath..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu menangis sebak sebaik sahaja pasukan bola sepak kegemaranya tersunggkur ke divisyen 2 akibat menduduki tangga tercorot liga..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 situasi diatas menunjukkan riakksi kesedihan seseorang akibat mcm-mcm perkara yg remeh.Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka??

Mereka sangat alpa tentang pelbagai nikmat dunia dan meletakkan kesedihan mereka untuk nikmat tersebut walhal mereka akan meninggalkanya..Berbaloikah kita menangis kerana ditinggalkan manusia yg tiada ikatan dengan kita?atau ujian yg gagalnya hanya didunia??tentang pasukan bola yg pasti pemainya tidak kenal kepada kamu?

Sebagai umat Islam sendiri kita pon x terkecuali mencintai pelbagai nikmat yg diperoleh,seolah-olah tiada lagi akhirat sebagaimana telah Allah janjikan..
Dulu kesedihan umat islam hanya pada agama..kita??
Islam dicaci..apa perasaan kita??
Negara Islam berperang..apa kita buat??main game?
Oleh itu kita sebagai umat Rasuallah perlu kembali kepada ajaran Islam,ini bukan bererti mengetepikan dunia dan terus beribadah kepada Allah siang dan malam..namun dunia dan akhirat perlu sama rata sebagaimana Khalifah Abu Bakar pernah berkata..

-Barang siapa mengejar dunia,akhirat akan jauh meninggalkanya,jika dia mengejar akhirat dunia akan datang kepadanya-

Tentang kesedihan yg kita dapat adalah ujian daripada Allah...maka ubatnya adalah agamanya,iaitu Islam
yg membawa maksud aman dan tenang daripada pelbagai kesedihan..
Dia yg xpernah tidur akan sentiasa melihat kamu walau kamu tidak melihatnya..
Sentiasa mengingati kamu walau kamu melupakanya..
Sentiasa meluruskan jalan kamu walau kamu berpaling kepadanya...

Maka mana kesedihanmu kepadanya??
Mana maaf dan ampun kamu yg kamu sentiasa minta pada yg sebaliknya..
Sedangkan Dia masih menbuka pintu taubat kepada kita seluas-luasnya..


Tentang segala kesedihan yg kite rasai pasti ada ubatnya sebagaimana dalam surah (Ali Imran:139) yang menuntut kesabaran dalam diri..sabar itu separuh dari iman,dah lupa?

"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,sekiranya kamu orang-orang yang beriman"

Kesukaran yg dibebani pulak pasti ada bantuanya..sebagaiman janji Allah dalam suraah(Muhamad:7)
menunjukkan pasti ada pertolongan dari Allah andai kita menolong agamanya,agama yg kita anuti..mudah kan??

"Wahai orang-orang yang berimanJika kamu menolong (agama)Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan  kedudukanmu"

Jadi sudah cukuplah 2 ayat diatas sebagai pegangan kite ketika menempuh waktu sukar,kerana janji Allah itu benar belaka..


so!!jangan bersedih dan mulakan hari esok sebagai hari yg gembira:)Insyallah..

Malaysia Boleh!!

Asslamualaikumm..
korang da sedia maklum kan team bolasepak kebangsaan kite da johan dlm AFF Suzuki Cup..
Tahniah sume pemain bola Malaysia especially kat coach negara,K.Rajagobal..ak nk ckp skit pasal final competition ni..banyk betol kerenah penyokong kedua-dua pasukan..biar ak listkan mcm dugaan mse kejohanan ni berlansung!
1)ketiadaan pemain utama skuad kebangsaan..yg main mude-mude je tau..
2)di belasah Indonesia 5-1 mase pelawanan pertama..
3)provokasi media massa Indonesia,termasuk kate team kebangsaan main dukun,ade ke patut??
4)penyokong fanatik Indonesia yg memainkan peranan untuk kacau mental skuad kebangsaan..melalui tunjuk perasaan..
5)paling lucu skali..ade media seberang kate kite ambik pemain import iatu Kuna dan Mahali Jusali!!

Namun skuad kebangsaan menangkis semua kesukaran tu dengan satu kejayaan untuk rakyat Malaysia!!
Pujian untuk keeper Malaysia,walaupon pengalamam baru tapi beliau sanagt cemerlang!!
Beliaulah benteng terakhir team kebangsaan..Khairul Fahmi Che Mat!

Tak lupa kat coach kebangsaan..sape x kenal?
K.Rajagobal!!

Harap kebangkitan skuad kebangsaan bukan setakat untuk menutup tirai sukan 2010..juga sebagaipemangkin kejayaan akan datang!!Insyaallah..

Langkah Pertama..

'seribu langkah,berpunca dengan langkah pertama'..stuju?

Assalamualaikum..firstly nk cakap trimas!trimas!trimas! kat korang yang sudi masuk ke 'territory' aku untuk support blog ak ni..Haha..

Sebagai permulaannya,aku nk bgtau serba sikit pasal diri aku..bak kate bebudak IGOP "tak kenal maka ta'aruf"..

Name aku Muhamad Izzad Amir bin Hamdan..call je Ezzo
Lahir kat Selangor ,pada 16 Mac 1994..mse tu pukul 5.45 p.m.
Masih student..now further my study at Gopeng Intergrated Boarding School..Tau x lokasinye??hahah.
Cecite nk jadi Dentist or ahli Forensik..
Hobi main bola dan tido..
Subject kegemaran bio kot??
Harapan:segala item dalam blog ak nyad msg yg dapat korang ambik dan sentiase berlandas kan ISLAM.

Insyaallah..

encem x?hahah..