Friday, June 21, 2013

Koleksi Gambar Pelik Google Earth

Assalamualaikum,kali ni aku bersikap rajin mencari sesuatu yang aku sendiri berminat nak tau.Perkara yang ala-ala menakutkan dan tak dijangka.Tapi tatau la sumbernya sahih atau da diedit oleh pihak Google sendri untuk meraih populariti murahan.hahaha.Ape-ape pon sila la baca,penat nak carik bahan ni.haha.

Foto pembuangan mayat di tepi tasik


Nampak macam satu konspirasi nak buang mayat kat tasik.Kalau betol la,gambar ni mesti jadi satu penemuan yang menarik sebab dapat tangkap kegiatan suspek yang betol-betol tengah lakukan jenayah berat.Mungkin jugak nanti kalau aku nak buat sesuatu bende jahat,aku kene beware kat satelit ni.hahaha

Cop! cop!..jangn mudah percaya kat gambar atas ni,memula dulu aku pon macam terkejut jugak bila dapat tengok live camne owng nak buang mayat hasil pembunuhan,tapi ni semua adalah karoot komedia X je or misunderstanding.Sebab ade orang yang tampil kate tu gambar dia ngn anjing dia
Menurut si pemilik anjing,dia ngan anjing dia ad kat situ time tu.Then anjing dia tu masuk dalam tasik mungkin nak mandi menyebabkan ada kesan cam darah kat kawansan tu sebab kesan air badan anjing dia yang basah..Dibantu plak pencahayaan matahari dan kayu jeti tu yang kaler merah membangkitkan keseraman dalam gambo..Dan kita semua da kene prank oleh Google Earth!haha


Foto raksasa Loch Ness

Tasik Loch Ness yang ade mitos raksasa kat dalam dia pulak telah dirakamkan gambar semacam raksasa laut.Tapi aku nampak macam sotong kurita dengan sesungutnya je,Wallahualam.

Gambar hantu la pulak



Tengok! aku rasa aku da jumpe hantu lonjong,hahah..sape tau setelit pon boleh tangkap gambo hantu.Walaupon nampak kurang jelas,tapi gambar ni meyakinkan jugak la.Percaya akan adanya alam ghaib dan segala bagai jin ni tak terlepas untuk dibuktikan dengan sains pencahayaan dan kamera.Harap lepas ni dapat tangkap gambar hantu pocong ala-ala ceriter tali pocong perawan tu.hahahah


Tuesday, June 18, 2013

Mahalnya Kebaikan:-)




Assalamualaikum,today I would like to share something about kindness or good behaviour....HAHA.tau muke cuak sebb takut entri ni dalam bahase inggeris(tetibe).Sebenoenye aku pon malas nak tulis dalam bahase inggeris,sebab aku tak suke la..yelaa aku ni band 3 je MUET,isk3.Apa-apa pon nak cakap ada nampak perubahan tak kat blog ni??ada tak?..oowh da korang tak penah nak baca blog ni camne nak tau ade perubahan ke tak kan..*mengeluh~.HAHA.Sebenoenye aku letak background baru.nampak skit blog ni cam hidup kan?xde la kuyu sangat.Ok trus ke tajuk utama..beberapa minit sebelom aku taip entri ni ,aku dwnload lagu kat satu laman web la,(software theft)..tapi muncul satu iklan yang tunjuk punggung perempuan.Dan ku pon terfikir,punggung dan musik ade kaitan ea?hahah..nak cakap aku tertengok je.

Sebab otak aku ni ala-ala ahli falsafah,aku pon terfikir la akan senangnya nak wat sesuatu dosa.Tambahan pulak muka ni slalu tengok tv,internet bagai..sekaligus tak terlepas dengan TERpandang sesuatu yang nafsu selalu mahukan.Tak hairanlah kenapa bebudak kecik da pandai tengok porno bagai..aku ingat lagi mase aku form 3..ade budak sekolah aku yang wat video porno ngn budak sekolah lain.last-last kantoi..ish3.klu da sangap tu lembu pon bley kene tibai.

Dari pengalaman aku sendri,aku selalu nampak buat sesuatu kesalahan atau kejahatan tu sesuatu yang mudah,walaupon hakikatnya tak semudah mana pon.Sebagai contoh,mase sekolah asrama dulu,waktu prep la waktu paling sedap untuk tido.tatau kenapa,hahah.Aku rasa korang yang penah duk asrama pon rasa yang sama an?Sebabkan aku ni insan paling malas dalam era milinium ni,aku selalu la ponteng..tak banyk pon.dalam berbelas hari je(memang banyak).Dan lgi menarik aku ni plak seorang pengawas.teruk betol!!.alhamdulillah la tak penah kantoi.Aku penah kantoi tak turun perhimpunan je..sebab time tu aku sebuk baca nota untuk exam lepas perhimpunan.hahah.Dan biasalah bila buat jahat ni mestilah hidup tak tenang,rasa macam musuh akan menceroboh bila-bila masa je.hahaha.Pelik kan?kenapa senang sangat nak pilih ponteng kelas prep walaupon tak tenang nak tido daripada pergi ke kelas prep dan blajar sungguh-sungguh.Padahal buat kerja yang penuh kenakalan tu susah jugak,kadang-kadang kene menyorok..kadang-kadang kene lari bila cikgu ambush!Tah!aku pon tak paham kenapa.hahaha..

Dan menjadi satu trend sekarang,isu fitnah memfitanah Rosmah mansor.Aku tak berapa suka jugak kat beliau,sebab beberapa isu individualistik.tapi tak penah terang-terang kat facebook tulis "Rosmah Mansor.....!!"Sekarang kan ada Malaysian Gags yang wat "lawak" cara mengaibkan seseorang yang mungkin segelintir je tak suka.Yela kalau ko tak suka seseorang tu,maksudnya secara peribadi,jangan ko nak tulis bukan-bukan dan displaykan kat umum yang dia blabalbal..ok la kalau ada silap seseorang tu pon kita tak de kuasa nak burukkn dia.Kalau dia kebal undang-undang pon ,dia takkan kebal kat Hari Kiamat nanti.Yang kita pulak pegi buruk-burukan dia tu pon dapat la saham kene belasah kat malaikat atas fitnah yang kita taburkan.Walaupon ni ada unsur politik,aku tetap sokong BARCELONA FC!! Nak ingtkan jugak elakkan share sesuatu yamg kita fikir kelakar,tapi hakikatnya melukakan hati orang lain,calarkan maruah orang.ok?

Penutupnya ,amat senang berlaku curang kepada kebaikan ,tapi sangat sukar setia pada kebaikan walaupon kebaikan itu di pihak yang benar..ok da penat taip tu jela setakat ni...tata.


Sunday, June 9, 2013

Gods Or Aliens





Assalamualaikum! ni entri pertama kewalaupon da sebulan bercuti.aku tak kerja ke?jawapanya semestilah tak..pertama sebab aku malas ,kedua sebab aku nak stay kat rumah tlong mak aku selagi masih tak sibuk stady.pasal duit takde masalah sebab aku x perlu sangat,lagipon sume mak aku yang tanggung.hahah..sebab tu makin gendut ni.Cakap pasal duduk rumah dan wat pekara yang kita slalu buat kat rumah la..tengok tv misalnya.Aku pon tertarik dengan history chanel ni sebab aku ni suke sejarah.Tapi aku paling tak setuju dalam banyak-banyak rancangan yang ada tu ada satu yang mengarut dan tak dapat diterima kepada orang yang percaya kat tuhan.semestinya ALLAH.Tajuk citer tu Ancient Alien .Mungkin kome pon ade yang da tengok kan? Fakta pasal alien yang berat dan sarat.pening pale otak aku.Atau aku ni yang lembab tak dapat terima.hahahah. Kembali ke tajuk blog.Siapalah diri aku ni nak sembang pasal ketuhanan yang mungkin level knowledge dia tinggi.Tapi aku nak citer secara basic je ni.Dalan rancangan tu,saintis sebuk mencari kaitan makhluk asing dengan manusia pada zaman dulu.mungkin zaman Greek purba,Angkor Wat danbangunan- bangunan yang lain.Dan sebab kaitan sesuatu tempat ketuhanan tersebut digunakan untuk melakukan satu perbuatan spiritual saintis percaya yang orang zaman dulu sedang berhubung dengan makhluk asing,dan tempat upacara keagamaan tu sebagai platform perhubungan..mungkin dorang nak kaitkan tentang Worm hole pulak.ahahahah..aku ni cam bajet tau je.Dan peliknya kenapa deme ni tak sentuh pon kaitan masjid-masjid dan rumah agama islam sebagai tempat nk hubungi alien??semestinya kalau alien tu ada kaitan dengan tempat keagamaan,agama islam pon takkan terlepas.Atau semua ni penipuan dan tak dapat nak dikaitkan dengan agama suci Islam yang benar lagi sahih. Lagi satu hal,alien tu pulak dorang kaitkan dengan dewa dewi dan tuhan.First skali aku memang tak percaya kat dewa dewi ni,kita tak ada banyak tuhan tapi banyak malaikat.mungkin dorang refer malaikat tu sebagai tuhan sebab banyak perkara istimewa malaikat boleh lakukan dengan izin Allah.Dan orang kuno Greek yang tak berape nak cerdik tu pon berimaginasi bahawa setiap element dalam dunia ni ada pengjaganya dan dipanggil Dewa dan Dewi.Padahal umat Islam sedia maklum setiap malaikat ada tugas masing-masing dalam menjaga apa-apa saja yang diperintahkan oleh Allah.Tapi aku tak berapa pasti Dewa Dewi yang dorang sembah tu dianggap sebagai tuhan ke tak.. Paling aku terkejut sekali,ada satu kisah nabi yang kita slalu dengar jugak dikaitkan dengan alien ni..melampau.Kisah nabi Musa kalau tak silap.deme refer Moses dalam bahase omputih.Kisah tu kalau yang tak tahu, nabi telah ke satu bukit,tak silap aku bukit Tur Sina,untuk menghadap bercakap dengan ALLAH secara direct.Dan cerita nabi yang benar ni saintis telah kaitkan dengan perhubungan dengan Alien.Kononya nabi berjumpe dengan alien la.Aku menyirap jugak dengan saintis omputih ni.kalau da hidup tak berapa nak beragama takyah nak buat teori yang tak pasti betol ke tak.Dan semestinya umat Islam takkn percaya bende-bende macam ni.







 Dan tak cukup dengan bende tadi,Dewa Dewi yang terkenal macam Thor dan Zeus pon terlibat sama dengan makhluk asing.ish3..kalau benar dewa tu suci,dorang takkan nak suke-suke buat satu teori yang berkaitan Dewa Dewi ni.Lagi satu,Dewa Dewi ni boleh pulak wujud dalam bentuk manusia dan tahu mana asal usulnya,ada keluarga,bergaduh sesama Dewa tu sendiri..hahah kelakar btoi! Paling best bley buat movie sebagai contoh Thor yang tak silap aku Dewa kilat.Thor pulak join Avanger untuk selamatkan bumi..tak macam pelik ke? lihat ayat ni.."Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong,dan apa yang dijanjikan syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata- mata"Surah An-Nisa:120. Pendapat aku sebagai penulis dalam blog ni,semua teori yang saintis barat ni buat tak semestinya sume betul dan salah.tapi sebagai orang yang memahami agama islam,kita perlu jugak rujuk sirah nabi,kitab-kitab agama dan AL-Quran supaya kaitan antara sains da n agama ni jelas dan tak bawa kita ni jauh dari fakta sebenar dan rosakkan iman.ni pendapat aku la..bagaiman pula dengan anda.sila letak komen kat bawah.or kalau aku ada salah tulis bagitau la ea.ok that all.

Saturday, January 12, 2013

Bila Waktu Telah Memanggil




Assalamualaikum..entri kali ni agak sedih la,melankolik,sedu sedan..sebab aku nak bercakap tentang kematian.Kematian yang pasti akan jemput semua yang hidup,sebab itu kan janji pencipta kita.Saat entri ni ditulis,seorang insan yang telah membelai aku sejak kecil yang kte panggil abah,ayah,papa,abi,atau ape pon gelaran telah pon meninggalkan kami sekeluarga.Arwah pergi pada tarikh 11.1.2013..punca meninggal sebab organ hati beliau da rosak dan x berfungsi sepenuhnye.Tapi yang lepas tak payah la nak cakap lagi kan.Sedih tu memang tak terungkap dengan segala ape kate pon,yakinlah yang kalian pembace blog ni pon akan merasa perkara yang sama satu mase nanti.

Dulu,aku pon penah terpikir,macam mne la perasaan seorang anak tu kalau orang yang amat disayangi mcm mak ayah da pergi untuk selama-lamanya...sebab aku sendri da tengok macam mne kawan2 aku yang da jadi anak yatim.Tapi memang tak sangke yang semalam aku sendiri tak dapat lari dari mengalami situasi yang sama.sememangnya takkan dapat lari!Aku ingat lagi macam mane kakak aku telefon aku lewat malam sebelum arwah pergi,kakak kate yang arwah memang nampak mcm tak ade masa yang lame lagi.Kakak desak aku untuk blik awal sebb takut aku tak sempat nak spend mase2 terakhir ngn arwah.Tapi aku memang tak bley balik awal sebb takde transport keluar.Sampai la aku mohon nak tumpang keluar g Hospital Ipoh kat HEP sebab memang takde transport sangat2..then mase aku ondaway nak kuar dari bilik aku,kakak telefon lagi yang abah dah dijemput ilahi...subahanallah,takde daya langsung manusia nak tangguhkan saat kematian mereka,sedangkan aku waktu tu memang berharap sangat agar arwah masih ada dan bertemu ngan beliau untuk saat yang terakhr sekali seumur hidup.Bile dah dapat tau berita sedih tu aku pon tak henti2 la menangis,tak hiraukan pon siape yg tengok waktu tu.sebab memang tak boleh nk kawal .




Aku pon sangat terkilan sebb tak dapat nak berada kat sisi arwah mase nyawa dihujung badan..tapi adik2 bgtau la ape2 pesan arwah kpd kami sebelum beliau pergi.Bende terakhir yang aku dapat berbakti kepada jasad arwah ialah memandikan dan kafankan beliau.Menitik2 air mate saat tu.mase tu aku gunekan sepenuhnya untuk sentuh badan lelaki yang paling bermakna dalam hidup aku untuk terakhir kalinya.Mendengar sendiri talkin yang dibacakan oleh ustaz,ayat yang tersusun,bermaknabertujuan untuk mengingatkan arwah akan segala persoalan yang akan ditanya..tersusun.Dan memang sedih saat nama yang disebut adalah nama abah yang di binkan dengan nama nenek..Aku tak berniat pon nak raih simpati dari pembaca,cuma nk kongsi pengalaman.kita semuua akan merasa bende ni.

Dan hanya kematian akan mengingatkan kita balik tentang siapa diri kita,ape tujuan kita semua tinggal kat dunia ni..bila Allah dah ambil sesuatu yang kita sayang,Dia mengajar kita akan ketidakupayaan ape-ape sekalipon kat dunia ni untuk kekal selama-lamanya.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati,Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan,Dan kepada Kami lah kamu 
dikembalikan.(Surah al Anbiyaa:35)

ayat ni antara janji Allah kepda kita.

Saat ini aku jugak nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat kawan-kawan bekas sekolah dulu(Integrasi Gopeng),matrikulasi,saudara-mara yang  tak putus2 bagi semangat kat kami sekeluarga.Juga jiran2 yang membantu untuk uruskan jenazah abah sehingga selesai.Barulah aku merasa bertapa manisnya setiap ukhuah yang dibina atas dasar persaudaraan seagama itu sendiri.

Akhir kata,aku selaku anak lelaki sulung dalam keluarga ni,minta agar kalian pembaca mendoakan kesejahteraan arwah abah,Hamdan Bin Mahmud agar beliau berada dalam kalangan orang2 yang beriman hendaknya disisi tuhan.Ingatlah,sekalian penghuni kubur itu dah selangkah mendahului kita,tinggalkan segala bagai perkara kat dunia ni yang Allah sendiri kata sebagai uujian dan tipu daya.Ambilah iktibar atas sebarang bentuk kematian,sebab kte tak gerenti pon beberape minit lepas ni samada kte masih bernafas atau hanya sekujur tubuh yang kaku dan hina.Dan jadilah seorang anak yang soleh dan dapat membatu ibu bapa kte(yang dah meninggal dunia)sebagai setitik balasan kte terhadap mereka yang membesarkan kte.Sekian