Sunday, June 9, 2013

Gods Or Aliens





Assalamualaikum! ni entri pertama kewalaupon da sebulan bercuti.aku tak kerja ke?jawapanya semestilah tak..pertama sebab aku malas ,kedua sebab aku nak stay kat rumah tlong mak aku selagi masih tak sibuk stady.pasal duit takde masalah sebab aku x perlu sangat,lagipon sume mak aku yang tanggung.hahah..sebab tu makin gendut ni.Cakap pasal duduk rumah dan wat pekara yang kita slalu buat kat rumah la..tengok tv misalnya.Aku pon tertarik dengan history chanel ni sebab aku ni suke sejarah.Tapi aku paling tak setuju dalam banyak-banyak rancangan yang ada tu ada satu yang mengarut dan tak dapat diterima kepada orang yang percaya kat tuhan.semestinya ALLAH.Tajuk citer tu Ancient Alien .Mungkin kome pon ade yang da tengok kan? Fakta pasal alien yang berat dan sarat.pening pale otak aku.Atau aku ni yang lembab tak dapat terima.hahahah. Kembali ke tajuk blog.Siapalah diri aku ni nak sembang pasal ketuhanan yang mungkin level knowledge dia tinggi.Tapi aku nak citer secara basic je ni.Dalan rancangan tu,saintis sebuk mencari kaitan makhluk asing dengan manusia pada zaman dulu.mungkin zaman Greek purba,Angkor Wat danbangunan- bangunan yang lain.Dan sebab kaitan sesuatu tempat ketuhanan tersebut digunakan untuk melakukan satu perbuatan spiritual saintis percaya yang orang zaman dulu sedang berhubung dengan makhluk asing,dan tempat upacara keagamaan tu sebagai platform perhubungan..mungkin dorang nak kaitkan tentang Worm hole pulak.ahahahah..aku ni cam bajet tau je.Dan peliknya kenapa deme ni tak sentuh pon kaitan masjid-masjid dan rumah agama islam sebagai tempat nk hubungi alien??semestinya kalau alien tu ada kaitan dengan tempat keagamaan,agama islam pon takkan terlepas.Atau semua ni penipuan dan tak dapat nak dikaitkan dengan agama suci Islam yang benar lagi sahih. Lagi satu hal,alien tu pulak dorang kaitkan dengan dewa dewi dan tuhan.First skali aku memang tak percaya kat dewa dewi ni,kita tak ada banyak tuhan tapi banyak malaikat.mungkin dorang refer malaikat tu sebagai tuhan sebab banyak perkara istimewa malaikat boleh lakukan dengan izin Allah.Dan orang kuno Greek yang tak berape nak cerdik tu pon berimaginasi bahawa setiap element dalam dunia ni ada pengjaganya dan dipanggil Dewa dan Dewi.Padahal umat Islam sedia maklum setiap malaikat ada tugas masing-masing dalam menjaga apa-apa saja yang diperintahkan oleh Allah.Tapi aku tak berapa pasti Dewa Dewi yang dorang sembah tu dianggap sebagai tuhan ke tak.. Paling aku terkejut sekali,ada satu kisah nabi yang kita slalu dengar jugak dikaitkan dengan alien ni..melampau.Kisah nabi Musa kalau tak silap.deme refer Moses dalam bahase omputih.Kisah tu kalau yang tak tahu, nabi telah ke satu bukit,tak silap aku bukit Tur Sina,untuk menghadap bercakap dengan ALLAH secara direct.Dan cerita nabi yang benar ni saintis telah kaitkan dengan perhubungan dengan Alien.Kononya nabi berjumpe dengan alien la.Aku menyirap jugak dengan saintis omputih ni.kalau da hidup tak berapa nak beragama takyah nak buat teori yang tak pasti betol ke tak.Dan semestinya umat Islam takkn percaya bende-bende macam ni.







 Dan tak cukup dengan bende tadi,Dewa Dewi yang terkenal macam Thor dan Zeus pon terlibat sama dengan makhluk asing.ish3..kalau benar dewa tu suci,dorang takkan nak suke-suke buat satu teori yang berkaitan Dewa Dewi ni.Lagi satu,Dewa Dewi ni boleh pulak wujud dalam bentuk manusia dan tahu mana asal usulnya,ada keluarga,bergaduh sesama Dewa tu sendiri..hahah kelakar btoi! Paling best bley buat movie sebagai contoh Thor yang tak silap aku Dewa kilat.Thor pulak join Avanger untuk selamatkan bumi..tak macam pelik ke? lihat ayat ni.."Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong,dan apa yang dijanjikan syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata- mata"Surah An-Nisa:120. Pendapat aku sebagai penulis dalam blog ni,semua teori yang saintis barat ni buat tak semestinya sume betul dan salah.tapi sebagai orang yang memahami agama islam,kita perlu jugak rujuk sirah nabi,kitab-kitab agama dan AL-Quran supaya kaitan antara sains da n agama ni jelas dan tak bawa kita ni jauh dari fakta sebenar dan rosakkan iman.ni pendapat aku la..bagaiman pula dengan anda.sila letak komen kat bawah.or kalau aku ada salah tulis bagitau la ea.ok that all.

Saturday, January 12, 2013

Bila Waktu Telah Memanggil




Assalamualaikum..entri kali ni agak sedih la,melankolik,sedu sedan..sebab aku nak bercakap tentang kematian.Kematian yang pasti akan jemput semua yang hidup,sebab itu kan janji pencipta kita.Saat entri ni ditulis,seorang insan yang telah membelai aku sejak kecil yang kte panggil abah,ayah,papa,abi,atau ape pon gelaran telah pon meninggalkan kami sekeluarga.Arwah pergi pada tarikh 11.1.2013..punca meninggal sebab organ hati beliau da rosak dan x berfungsi sepenuhnye.Tapi yang lepas tak payah la nak cakap lagi kan.Sedih tu memang tak terungkap dengan segala ape kate pon,yakinlah yang kalian pembace blog ni pon akan merasa perkara yang sama satu mase nanti.

Dulu,aku pon penah terpikir,macam mne la perasaan seorang anak tu kalau orang yang amat disayangi mcm mak ayah da pergi untuk selama-lamanya...sebab aku sendri da tengok macam mne kawan2 aku yang da jadi anak yatim.Tapi memang tak sangke yang semalam aku sendiri tak dapat lari dari mengalami situasi yang sama.sememangnya takkan dapat lari!Aku ingat lagi macam mane kakak aku telefon aku lewat malam sebelum arwah pergi,kakak kate yang arwah memang nampak mcm tak ade masa yang lame lagi.Kakak desak aku untuk blik awal sebb takut aku tak sempat nak spend mase2 terakhir ngn arwah.Tapi aku memang tak bley balik awal sebb takde transport keluar.Sampai la aku mohon nak tumpang keluar g Hospital Ipoh kat HEP sebab memang takde transport sangat2..then mase aku ondaway nak kuar dari bilik aku,kakak telefon lagi yang abah dah dijemput ilahi...subahanallah,takde daya langsung manusia nak tangguhkan saat kematian mereka,sedangkan aku waktu tu memang berharap sangat agar arwah masih ada dan bertemu ngan beliau untuk saat yang terakhr sekali seumur hidup.Bile dah dapat tau berita sedih tu aku pon tak henti2 la menangis,tak hiraukan pon siape yg tengok waktu tu.sebab memang tak boleh nk kawal .




Aku pon sangat terkilan sebb tak dapat nak berada kat sisi arwah mase nyawa dihujung badan..tapi adik2 bgtau la ape2 pesan arwah kpd kami sebelum beliau pergi.Bende terakhir yang aku dapat berbakti kepada jasad arwah ialah memandikan dan kafankan beliau.Menitik2 air mate saat tu.mase tu aku gunekan sepenuhnya untuk sentuh badan lelaki yang paling bermakna dalam hidup aku untuk terakhir kalinya.Mendengar sendiri talkin yang dibacakan oleh ustaz,ayat yang tersusun,bermaknabertujuan untuk mengingatkan arwah akan segala persoalan yang akan ditanya..tersusun.Dan memang sedih saat nama yang disebut adalah nama abah yang di binkan dengan nama nenek..Aku tak berniat pon nak raih simpati dari pembaca,cuma nk kongsi pengalaman.kita semuua akan merasa bende ni.

Dan hanya kematian akan mengingatkan kita balik tentang siapa diri kita,ape tujuan kita semua tinggal kat dunia ni..bila Allah dah ambil sesuatu yang kita sayang,Dia mengajar kita akan ketidakupayaan ape-ape sekalipon kat dunia ni untuk kekal selama-lamanya.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati,Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan,Dan kepada Kami lah kamu 
dikembalikan.(Surah al Anbiyaa:35)

ayat ni antara janji Allah kepda kita.

Saat ini aku jugak nak ucapkan bebanyak terima kasih dekat kawan-kawan bekas sekolah dulu(Integrasi Gopeng),matrikulasi,saudara-mara yang  tak putus2 bagi semangat kat kami sekeluarga.Juga jiran2 yang membantu untuk uruskan jenazah abah sehingga selesai.Barulah aku merasa bertapa manisnya setiap ukhuah yang dibina atas dasar persaudaraan seagama itu sendiri.

Akhir kata,aku selaku anak lelaki sulung dalam keluarga ni,minta agar kalian pembaca mendoakan kesejahteraan arwah abah,Hamdan Bin Mahmud agar beliau berada dalam kalangan orang2 yang beriman hendaknya disisi tuhan.Ingatlah,sekalian penghuni kubur itu dah selangkah mendahului kita,tinggalkan segala bagai perkara kat dunia ni yang Allah sendiri kata sebagai uujian dan tipu daya.Ambilah iktibar atas sebarang bentuk kematian,sebab kte tak gerenti pon beberape minit lepas ni samada kte masih bernafas atau hanya sekujur tubuh yang kaku dan hina.Dan jadilah seorang anak yang soleh dan dapat membatu ibu bapa kte(yang dah meninggal dunia)sebagai setitik balasan kte terhadap mereka yang membesarkan kte.Sekian