Sunday, June 9, 2013

Gods Or Aliens





Assalamualaikum! ni entri pertama kewalaupon da sebulan bercuti.aku tak kerja ke?jawapanya semestilah tak..pertama sebab aku malas ,kedua sebab aku nak stay kat rumah tlong mak aku selagi masih tak sibuk stady.pasal duit takde masalah sebab aku x perlu sangat,lagipon sume mak aku yang tanggung.hahah..sebab tu makin gendut ni.Cakap pasal duduk rumah dan wat pekara yang kita slalu buat kat rumah la..tengok tv misalnya.Aku pon tertarik dengan history chanel ni sebab aku ni suke sejarah.Tapi aku paling tak setuju dalam banyak-banyak rancangan yang ada tu ada satu yang mengarut dan tak dapat diterima kepada orang yang percaya kat tuhan.semestinya ALLAH.Tajuk citer tu Ancient Alien .Mungkin kome pon ade yang da tengok kan? Fakta pasal alien yang berat dan sarat.pening pale otak aku.Atau aku ni yang lembab tak dapat terima.hahahah. Kembali ke tajuk blog.Siapalah diri aku ni nak sembang pasal ketuhanan yang mungkin level knowledge dia tinggi.Tapi aku nak citer secara basic je ni.Dalan rancangan tu,saintis sebuk mencari kaitan makhluk asing dengan manusia pada zaman dulu.mungkin zaman Greek purba,Angkor Wat danbangunan- bangunan yang lain.Dan sebab kaitan sesuatu tempat ketuhanan tersebut digunakan untuk melakukan satu perbuatan spiritual saintis percaya yang orang zaman dulu sedang berhubung dengan makhluk asing,dan tempat upacara keagamaan tu sebagai platform perhubungan..mungkin dorang nak kaitkan tentang Worm hole pulak.ahahahah..aku ni cam bajet tau je.Dan peliknya kenapa deme ni tak sentuh pon kaitan masjid-masjid dan rumah agama islam sebagai tempat nk hubungi alien??semestinya kalau alien tu ada kaitan dengan tempat keagamaan,agama islam pon takkan terlepas.Atau semua ni penipuan dan tak dapat nak dikaitkan dengan agama suci Islam yang benar lagi sahih. Lagi satu hal,alien tu pulak dorang kaitkan dengan dewa dewi dan tuhan.First skali aku memang tak percaya kat dewa dewi ni,kita tak ada banyak tuhan tapi banyak malaikat.mungkin dorang refer malaikat tu sebagai tuhan sebab banyak perkara istimewa malaikat boleh lakukan dengan izin Allah.Dan orang kuno Greek yang tak berape nak cerdik tu pon berimaginasi bahawa setiap element dalam dunia ni ada pengjaganya dan dipanggil Dewa dan Dewi.Padahal umat Islam sedia maklum setiap malaikat ada tugas masing-masing dalam menjaga apa-apa saja yang diperintahkan oleh Allah.Tapi aku tak berapa pasti Dewa Dewi yang dorang sembah tu dianggap sebagai tuhan ke tak.. Paling aku terkejut sekali,ada satu kisah nabi yang kita slalu dengar jugak dikaitkan dengan alien ni..melampau.Kisah nabi Musa kalau tak silap.deme refer Moses dalam bahase omputih.Kisah tu kalau yang tak tahu, nabi telah ke satu bukit,tak silap aku bukit Tur Sina,untuk menghadap bercakap dengan ALLAH secara direct.Dan cerita nabi yang benar ni saintis telah kaitkan dengan perhubungan dengan Alien.Kononya nabi berjumpe dengan alien la.Aku menyirap jugak dengan saintis omputih ni.kalau da hidup tak berapa nak beragama takyah nak buat teori yang tak pasti betol ke tak.Dan semestinya umat Islam takkn percaya bende-bende macam ni.







 Dan tak cukup dengan bende tadi,Dewa Dewi yang terkenal macam Thor dan Zeus pon terlibat sama dengan makhluk asing.ish3..kalau benar dewa tu suci,dorang takkan nak suke-suke buat satu teori yang berkaitan Dewa Dewi ni.Lagi satu,Dewa Dewi ni boleh pulak wujud dalam bentuk manusia dan tahu mana asal usulnya,ada keluarga,bergaduh sesama Dewa tu sendiri..hahah kelakar btoi! Paling best bley buat movie sebagai contoh Thor yang tak silap aku Dewa kilat.Thor pulak join Avanger untuk selamatkan bumi..tak macam pelik ke? lihat ayat ni.."Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan- angan kosong,dan apa yang dijanjikan syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata- mata"Surah An-Nisa:120. Pendapat aku sebagai penulis dalam blog ni,semua teori yang saintis barat ni buat tak semestinya sume betul dan salah.tapi sebagai orang yang memahami agama islam,kita perlu jugak rujuk sirah nabi,kitab-kitab agama dan AL-Quran supaya kaitan antara sains da n agama ni jelas dan tak bawa kita ni jauh dari fakta sebenar dan rosakkan iman.ni pendapat aku la..bagaiman pula dengan anda.sila letak komen kat bawah.or kalau aku ada salah tulis bagitau la ea.ok that all.

No comments:

Post a Comment