Friday, July 4, 2014

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum pembuka bicara,lama beno agaknya aku tak menulis dalam blog aku sendiri.Kalau retis macam Azwan Ali tu boleh la nak upah orang tolong tuliskan ye dok??

Dalam waktu senggang antara penulisan yang paling last daam blog ni dengan waktu sekarang,banyak dah bende berubah.Yang paling ketara adalah aku sekarang dah pun masuk ke alam universiti.Proud of it.Tapi tak bangge sangat,sebab masuk Universiti sekarang ni dah common sangat,tak boleh nak dibanggakan.Kebanggaan sebenar bila dah dapat ijazah nanti.Tengok la post akan datang camane.huahua...
BTW Universiti yang sanggup menerima aku adalah Universiti Malaysia Perlis.Aku amik kos Kejuruteraan Awam.Kos ni dengar macam simple sebab dah ramai tau kos ni yang deal dengan bangunan semua,tapi payah ..amat payah sebenarnya.Yelahh..korang nak ke rumah idaman korang nanti collapse.Doakan aku ea sahabat semua.End of story.

Ni laa pintu gerbang uniersiti kesayangan den..hahah..jemput masuk~

Friday, June 21, 2013

Koleksi Gambar Pelik Google Earth

Assalamualaikum,kali ni aku bersikap rajin mencari sesuatu yang aku sendiri berminat nak tau.Perkara yang ala-ala menakutkan dan tak dijangka.Tapi tatau la sumbernya sahih atau da diedit oleh pihak Google sendri untuk meraih populariti murahan.hahaha.Ape-ape pon sila la baca,penat nak carik bahan ni.haha.

Foto pembuangan mayat di tepi tasik


Nampak macam satu konspirasi nak buang mayat kat tasik.Kalau betol la,gambar ni mesti jadi satu penemuan yang menarik sebab dapat tangkap kegiatan suspek yang betol-betol tengah lakukan jenayah berat.Mungkin jugak nanti kalau aku nak buat sesuatu bende jahat,aku kene beware kat satelit ni.hahaha

Cop! cop!..jangn mudah percaya kat gambar atas ni,memula dulu aku pon macam terkejut jugak bila dapat tengok live camne owng nak buang mayat hasil pembunuhan,tapi ni semua adalah karoot komedia X je or misunderstanding.Sebab ade orang yang tampil kate tu gambar dia ngn anjing dia
Menurut si pemilik anjing,dia ngan anjing dia ad kat situ time tu.Then anjing dia tu masuk dalam tasik mungkin nak mandi menyebabkan ada kesan cam darah kat kawansan tu sebab kesan air badan anjing dia yang basah..Dibantu plak pencahayaan matahari dan kayu jeti tu yang kaler merah membangkitkan keseraman dalam gambo..Dan kita semua da kene prank oleh Google Earth!haha


Foto raksasa Loch Ness

Tasik Loch Ness yang ade mitos raksasa kat dalam dia pulak telah dirakamkan gambar semacam raksasa laut.Tapi aku nampak macam sotong kurita dengan sesungutnya je,Wallahualam.

Gambar hantu la pulak



Tengok! aku rasa aku da jumpe hantu lonjong,hahah..sape tau setelit pon boleh tangkap gambo hantu.Walaupon nampak kurang jelas,tapi gambar ni meyakinkan jugak la.Percaya akan adanya alam ghaib dan segala bagai jin ni tak terlepas untuk dibuktikan dengan sains pencahayaan dan kamera.Harap lepas ni dapat tangkap gambar hantu pocong ala-ala ceriter tali pocong perawan tu.hahahah