Wednesday, December 29, 2010

Hapuskan Kesedihan dan Melankolik Dirimu..

Assalamualaikum..
Tajuk cm nampak gempak kan?
Cerite tentang kesedihan ni memang banyak..setiap manusia xkan terlepas daripada kesedihan..
Namun kesedihan yg kite rasa sbelum ni kena tak pada tempatnye??..
mungkin kesedihan tentang hal-hal yg remeh..cuba anda lihat 3 situasi kat bawah ni..

Azura baru lepas 'break' dengan boyfriend dy..dy berasa sangat pilu kerana hubunagn yg dibina sejak dua taun lepas telah putus disebabkan adanya orang ke-3 dalam  hubungan tersebut..kini dy tertekan dan emosinya terganggu hingga menyebabkan dy sakit...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gheeta,telah menbunuh diri dengan tali sejurus dy mendapat keputusan SPM.Dia dipercayai membunuh diri kerana mendapat gagal dalam subjek Addmath..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu menangis sebak sebaik sahaja pasukan bola sepak kegemaranya tersunggkur ke divisyen 2 akibat menduduki tangga tercorot liga..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 situasi diatas menunjukkan riakksi kesedihan seseorang akibat mcm-mcm perkara yg remeh.Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka??

Mereka sangat alpa tentang pelbagai nikmat dunia dan meletakkan kesedihan mereka untuk nikmat tersebut walhal mereka akan meninggalkanya..Berbaloikah kita menangis kerana ditinggalkan manusia yg tiada ikatan dengan kita?atau ujian yg gagalnya hanya didunia??tentang pasukan bola yg pasti pemainya tidak kenal kepada kamu?

Sebagai umat Islam sendiri kita pon x terkecuali mencintai pelbagai nikmat yg diperoleh,seolah-olah tiada lagi akhirat sebagaimana telah Allah janjikan..
Dulu kesedihan umat islam hanya pada agama..kita??
Islam dicaci..apa perasaan kita??
Negara Islam berperang..apa kita buat??main game?
Oleh itu kita sebagai umat Rasuallah perlu kembali kepada ajaran Islam,ini bukan bererti mengetepikan dunia dan terus beribadah kepada Allah siang dan malam..namun dunia dan akhirat perlu sama rata sebagaimana Khalifah Abu Bakar pernah berkata..

-Barang siapa mengejar dunia,akhirat akan jauh meninggalkanya,jika dia mengejar akhirat dunia akan datang kepadanya-

Tentang kesedihan yg kita dapat adalah ujian daripada Allah...maka ubatnya adalah agamanya,iaitu Islam
yg membawa maksud aman dan tenang daripada pelbagai kesedihan..
Dia yg xpernah tidur akan sentiasa melihat kamu walau kamu tidak melihatnya..
Sentiasa mengingati kamu walau kamu melupakanya..
Sentiasa meluruskan jalan kamu walau kamu berpaling kepadanya...

Maka mana kesedihanmu kepadanya??
Mana maaf dan ampun kamu yg kamu sentiasa minta pada yg sebaliknya..
Sedangkan Dia masih menbuka pintu taubat kepada kita seluas-luasnya..


Tentang segala kesedihan yg kite rasai pasti ada ubatnya sebagaimana dalam surah (Ali Imran:139) yang menuntut kesabaran dalam diri..sabar itu separuh dari iman,dah lupa?

"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya,sekiranya kamu orang-orang yang beriman"

Kesukaran yg dibebani pulak pasti ada bantuanya..sebagaiman janji Allah dalam suraah(Muhamad:7)
menunjukkan pasti ada pertolongan dari Allah andai kita menolong agamanya,agama yg kita anuti..mudah kan??

"Wahai orang-orang yang berimanJika kamu menolong (agama)Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan  kedudukanmu"

Jadi sudah cukuplah 2 ayat diatas sebagai pegangan kite ketika menempuh waktu sukar,kerana janji Allah itu benar belaka..


so!!jangan bersedih dan mulakan hari esok sebagai hari yg gembira:)Insyallah..

No comments:

Post a Comment