Sunday, April 22, 2012

Perihal Guru{flashback}

Post kali ni aku mengimbas waktu zaman sekolah yang da 6 bulan aku tinggalkan,malah jauh lagi start dari mase darjah satu lagi.Perihal cikgu ni bukan la nak citer tentang semua cikgu yg pernah ajar aku dari tadika sampai form5,tapi sbgai ingatan aku kat insan yg bergelar cikgu ni.Kalau nak tau aku baru2 ni pon tak brani nak apply IPG untuk jd cikgu..sbb kje jd cikgu ni payah la sangat bg aku..jadi TABIK SPRINGGG! kat ckgu2 yang ade...
nak kate bagusnye ckgu ni,bila mereka da abis je or da pencen gelaran 'cikgu' tu still melekat kat downg even klu korang da keje pon,bile jumpe je ckgu2 lame pasti korang akan cakap macam ni.."eh,cikgu!cikgu ingat sy tak??"..

main pointnye post ni sje2 je nak citer pasal ckgu ni..sebab aku pon xkan sampai ketahap ni tanpa cikgu..even mak ayah kte pon cikgu kite tapi bukan yang formal la..
berkatnye kalau kite hormati guru ni memang hebat,even kalau ko tak suke kat cikgu tu..accept je ape yg dia kate.seriously aku penah kne bala sebab x hormat cikgu..malah satu kelas aku pon kne cos kteowng memang kutuk cikgu ni atas sikap dia yg ske kondem orang.



------------------------------------------------------------------------------------------

Alkisah mase tu cikgu tu replace tempat cikgu yang lagi satu atas hal2 tetentu la..cikgu ni pon mengajar la kteowng subjek ni.subjek x penting sangat pon(bagi kteowng)..subjek SIVIK la!tapi cikgu ni gune method sembang2 je ngn kteowng..jdi banyak la agenda kutuk-mengutuk kami kat situ.taknak pangjang2 ,time exam Sivik tu kami pon abaikan paper tu coz nak stady bende lain yg lagi penting dengan harapan dapat jawab sume soklan Sivik tu dengan senang..tak salah aku cikgu tu yg buat soklan perikse tu.
pendek2 lagi citer kluar la result exam tu..terkejutnye kteowng sebab majoriti dalam kelas tu dapa gred C paper Sivik tu..

Same jugak mase F4..untuk subjek Addmath ngn Fizik..patut la ceroi je result SPM aku.tapi kes2 kat atas aku da mintak maaf da kat cikgu tu..

------------------------------------------------------------------------------------------

sejarah jugak mencoretkan yang Sultan Muhamad Al Fatih tu berjaya takluk kota Constantinopel jugak atas jasa guru dy..doa cikgu dy and nasihat tu diterime pakai sampaii dy berjaye jugak rampas kota tu..so ad brani nak kutuk cikgu korang lagi??

Monday, April 16, 2012

Here The Solution:)

Masa aku dekat PLKN dulu ade satu modul ni ,namenye Modul Integrasi..tujuanye nak kteowng belajar pasal agama dan adat resam kaum lain..time belajar pasal agame tu,satu bentuk perkongsian terbuka dibuat..jadi semua ley tanye kat agame yang lain pasal ape2 la..tetibe bangun seorang NON-MUSLIM dan tanye macam ni:

"kenape orang Islam semua sembah rumah hitam dekat mekah??"

semua muslim kat situ pon cam shock skit coz soalan ni cam high level untuk nak diterangkan..nasib la ade seorang MUSLIMni bangun dan jawab dengan sepenuh hati..tapi aku rase NON-MUSLIM tu macam tak pe jelas sangat..

jadi time aku tengah usha FB aku terjumpe satu post ni..jawapan pade soalan yang hampir same..aku pon copy and paste..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"






"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"



"Baitullah tu apa?" ...



"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"



"Allah ada dalam tu?"



"Tak....."



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"



"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."



"Kamu sembah apa?"



"Saya sembah Allah swt"



"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"



"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."



"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."



"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"



"Pernah...... selalu.."



"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"



"Tengok perlawanan bola la.."



"Di mana?"



"Dalam tv la.."



"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."



"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."



"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."



"So..?"



"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"



"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."



"Peliknya.."



"Sebab apa pulak pelik?"



"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."



"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."



"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"



"Ya.. tak pelik.."



"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Alhamdulillah;)